Isnin, 14 Mac 2011

CiNta TanPa PengKhianataN

Tidak pernah suatu pengkhianatan dapat ditutup selama-lamanya.Apabila masa bergerak pergi,sama ada pengkhianatan itu akan terdedah sendiri atau ada orang yang sengaja menggalinya, kita akan lihat kebenarannya kelak. Sekecil mana pun pengkhianatan itu suatu hari akan terbuka juga.

Kalau kita sayangkan kehidupan yang penuh bermakna, harmoni lagi tenang, benteng lah diri dari sebarang pengkhianatan manusia. Sebaik sahaja kita tahu pengkhianatan telah berlaku, tidak kira apakah ia besar ataupun kecil, pergi lah jauh-jauh darinya. Kita tidak perlukan orang yang mahu mengambil kesempatan terhadap diri kita kerana sememangnya ramai lagi orang yang mahu berkorban untuk kejayaan kita. Sesungguhnya cinta yang paling indah adalah kasih sayang tanpa sebarang pengkhianatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan